Sunday 15 September 2019

Resepi Brownies Kedut Simple & Sedap



Tompang laluu. Simpan sini buat kenangan & rujukan. Pestaim okeh MakNana buat Brownies Kedut & menjadi kedutannye! Wohaaa 🤣

Resepi MakNana cedok dari Fb Hani Rosli, resepi viral ni. Next kalau rajin nak try KhairulAming nye resepi.

RESEPI BROWNIES KEDUT

Bahan A
85 gm butter (resepi asal guna jenama twincows. MakNana guna butter cup je)
170 gm coklat masakan (resepi asal guna dark compound-coin jenama beryl's. MakNana guna CocoaRich)

Bahan B
2 biji telur
140 gm gula kastor (MakNana guna brown sugar)
1 sk esen vanila
1/4 sk garam

Bahan C
100 gm tepung gandum
1/4 sk baking powder
1/4 cawan serbuk koko (diayak semua)

Coklat chip 45 gm

Cara-cara cekidot gambar ok 👇

Inilah bahan-bahan sudah siap disukat ye tuan-tuan & puan-puan.

1. Bahan A. Double boiler ye. Bawak periuk isi air masak mendidih & atas periuk letak la bekas atau kuali yang berisi cekelat & butter.


 2. Dalam bekas lain campurkan bahan-bahan B & Gaul-gaul mesra. Gaul-gaul gitu je takyah sampai kembang pon.



3. Masukkan bahan2 A ke dalam bahan2 B. Gaul mesra. Lepas tu masukkan bahan-bahan C, jangan lupa ayak tau. Dah sebati masukkan coklat chip.



4. Alaskan loyang dengan kertas minyak.

5. Tuang adunan brownies dalam loyang & tabur la coklat cip. Coklat bar tu ada lebih MakNana hiris2 la buh sekali.

6. Lepas tu bakar dalam oven. Lebih kurang 30min, suhu oven 150°/160°. Bergantung oven masing2

Tips nak dapatkan kedutan atas brownies tu katanye lepas Brownies dah masak, biarkan kejap dalam oven & bukak sikit pintu oven.

Biarkan 10min. Maka berkeduttts la brownies uols lepas tu.

Sedap sangat uols!

Saturday 14 September 2019

Resepi Kuah Pecal Simple & Sedap

Kalau anda bijak bestari apakah nama makanan ini? 😆


Minggu lepas teringin sangat nak makan PECAL. Dedulu zaman sekolah ada jual bungkus dalam daun pisang, sekarang susah nak jumpa kan?

Mintak resepi kat kakak sepupu. Pergh berbaloi buat sendiri sampai 3x dah dok mengulang makan PECAL, ikut selera Nana memang mabeles sangat! Puas hati sebab lama dah tak makan. Mohon mahap andai ada terkurang ye 😋

RESEPI KUAH PECAL

1. Kacang tanah digoreng & tumbuk halus (saya blend je)

2. Cili padi, bawang putih, bawang merah(saya guna bawang goreng), belacan, isi cekur di goreng sampai layu cekur.

3. Kemudian blend bahan-bahan goreng tadi tambah air masak ye. Masukan air asam jawa, garam gula secukup rasa.

Bahan-bahan lain :

Kangkung dicelur
Tauge dicelur
Kacang panjang dicelur
Tempe & tahu digoreng & dihiris.
Apa lagi yang sesuai? Korang letak la ye
Cara penyediaan :


Dalam satu bekas satukan kacang tanah yang ditumbuk & masukkan bahan blend kemudian tambahkan air suam. Gaul sebati jangan cair sangat jangan pekat sangat gitu. Rasa, kalau tak cukup garam gula boleh tambah ikut selera.

Kemudian hidang sayur2an yang dicelur tadi & curahkan kuah pecal. Siap!

Selamat mencuba 😍

#ResepiMudah #ResepiKuahPecal #MakNanaMasak

Friday 13 September 2019

Salam Jumaat 😍


Assalamualaikum & Salam Jumaat korang!

Hidup kan pagi dengan istiqamah,
.
Tahajjud
Zikir pagi
Sedekah subuh
Sedekahkan Alfatihah utk mak, ayah, suami dll
Doakan kebaikan untuk orang lain
.
Alhamdulillah, segar nampak dedaunanku pagi ni

InsyaAllah didik ikhlaskan hati, moga setiap amal kita diberkati ❤️  rasakan keajaiban sehari-hari ❤
.
https://www.facebook.com/LiyanaHasan

Thursday 12 September 2019

SYUKUR untuk sepanjang hari

Alhamdulillah syukur untuk hari ni yang berjalan dengan baik. Hari korang caner?

1. Bagi seketul MakNana yang baru berjinak-jinak memandu ni kan. Satu kesyukuran  bila pagi tadi waktu hantar Muhammad sekolah lalu trafficlight lampu hijau berderet-deret, tak payah tekan break. Ooo,nikmat rupanya beb! Hahaha 😆

Biawak pon stress musim jerebu. Panas ye wak?

2. Cuaca panas + jerebu. Suami demam, akak pon demam. Permintaan orang demam nak ayaq nyioq pulak tetengah hari tadi kan. Kalau fikir logik, alaa..mana nak carik.

Lepas ambik Muhammad sekolah, isi minyak kereta dulu. Lepas tu berdezup ke deretan kedai. Lalu depan Restoran Pak Abu tapi parking penuh. Ke depan lagi jumpa pulak Restoran Ali Maju. Alhamdulillah dapat parking depan kedai & syukur sangat apa yang di cari ada, air kelapa fresh punye! 😋

3. Tugas hakiki urusan kerja rumah dah setllekan pepagi, cuma baju bajan je tak berlipat lagi, tak tau mood melipat tu ke mana pergi, hahaha.

Tugas mereply piyem pon syukur tak henti-henti. Nak order catering, nak order lunchbox, nak tudung, nak durian crepe, nak join projek sedekah. Berpeluh tiak MakNana mereply, nasib takde bau tau sebab dah spray MagicBlue 😝

ALHAMDULILLAH, Syukur Ya Allah 😍

Tenang & Syukur

Sahabat, saat merasa fikiran bercelaru & hati keliru, rasa seperti mahu berlari jauh-jauh untuk meninggalkan semua. Tapi sejauh mana pun kita cuba berlari dari dibelenggu pasti ia tetap datang menyapa.


Tak apa, jangan risau. Bertenang, sangka baik selalu & syukurlah itu tanda ALLAH sayang kita, supaya kita lebih banyak meminta & menghampiriNYA ♥

ALHAMDULILLAH, pagi korang! 😍

#LiyanaHasan #PositiveVibes

Wednesday 11 September 2019

Rezeki Tak Salah Alamat

Bila Encik Suami tersilap letak #lunchbox. 2jam kemudian baru kasteme call kata takde terima makanan, berdezup lah kami ke rumah yang silap tadi kan. Konon nak ambik semula, dengan harapan ada.

Jeng jeng jeng. Nampak gaya rezeki Nasi Ayam Mabeles untuk geng-geng bujang 😂


Alhamdulillah, rezeki tak disangka-sangka untuk diorang & insyaAllah rezeki kita lebih besar lagi bakal datang. Kan kan 😍

Tempahan Lunchbox & Catering sekitar #Putrajaya #Selangor

https://www.facebook.com/ndu.food.delivery.service/

Peluang Jana Income Dari Rumah!

Sapa geng suri rumah kat sini? Sep siket 😍
.
InsyaAllah peluang buat suri rumah sekarang ni pon boleh buat duit dari rumah. MakNana tak boleh nak fikir bila ada yang sanggup menipu, merayu nak pinjam meminjam duit untuk kepentingan diri. Entah la, desakan hidup ke?
.
Korang hati-hati la ye dengan Geng-geng scammer ni. Aku pon sama kena hati-hati. Kadang-kadang datang dari orang yang kita kenali. Biasanya modal diorang adalah MINTAK SIMPATI.
.
Dari dok menipu orang baik dok rumah sambil-sambil buat #bisnesonline. Pagi tadi bukak tepon rasa nak lompat bintang. Alhamdulillah BONUS MagicBlue dah masuk wak, waktu tu MakNana dah selamat beradu semalam 😍😆
.


ALHAMDULILLAH. Jom korang yang berminat nak jana income dari rumah. Produk muslim, produk bumiputra & banyak dah testimoni berjaya. Wasap MakNana SEKARANG!

www.wasap.com/NakJoinMagicBlue

@maknana.shop
.
#LiyanaHasan #MakNanaShop